Khamis, 31 Mei 2012

Filem Sultan Muhammad Al Fateh(Fetih 1453) 2012

Assalamualaikum,,
Setelah berbulan2 blog dibiarkan menjadi Gurun Sahara,akhirnya diupdate jugak..Alhamdulillah.
Untuk update kali ini saya ingin berkongsi maklumat tentang sebuah filem keluaran Turki Fetih 1453.

Saya rasa semua tahu tentang Sultan Muhammad Al-Fateh yakni beliau lah yang dimaksudkan dalam hadis Rasulullah Kota Konstantinopel hanya akan jatuh dalam tangan sebagai sebaik-baik pemimpin,sebaik-baik tentera da n sebaik-baik rakyat.Hadis ini yang akhirnya dapat direalisasikan selepas 800 tahun oleh beliau.

Mengambil kisah daripada sejarah Turki,akhirnya pihak produksi Turki mengambil inisiatif untuk menerbitkan sebuah filem yang bertajuk Fetih 1453.Link untuk wiki dapat dilihat di sini.Filem ini menelan belanja jutaan jugaklah tapi memang berbaloi sebab kualiti memang perghhh~! Lagi satu filem ini fully bahasa Turki dan takde subtitle..Okaylah sampai disini sahaja jelah post saya.Jumpa lain kali.Assalamualaikum~!



Sabtu, 12 November 2011

Awesome:)

Oh,Assalamualaikum,

'Waalaikummussalam'jawab Cik Timah belakang rumah.

p/s:Sila abaikan Cik Timah itu ye.Mungkin beliau kepenatan.

Okay.Pertama sekali aku dah lama tak update blog.Beselah aku kan PMR tahun ni.Walaupun lepas PMR ,aku tetap malas nak update.Yang kau update ni apa?*Pang.a slap on my face.Curse that part.

Hmm..Aku ada rasa nak padam blog ni.Tapi rasa mcm tanak pon ada because this is my first blog in the world and Amerika Syarikat.lol.Lagi pun blog ni adalah hasil penat lelah aku semata mata nak dapatkan carry mark Sem1 untuk subjek computer.HAHA.aku dapat 95.Sumpah bangga.Lol.

Okay.Jadi aku fikir aku just nak biarkan blog ni berhabuk dan bersawang.Nanti kalau aku ada anak cucu boleh tunjuk sikit.

Cu:Nek,nek ada blog tak?
Me:Of course lah cu.Blog nenek yang awesome ni still ada.

*Curse that part,

Okay lah bye.nak melantak nasi.Selamat tinggal.

Gracias sebab baca bnder ni.Sekian.

Khamis, 3 Februari 2011

Zaman SekaraNG~!!! Kes Buang Bayi~

Assalamualaikum,,

Sudah berapa abad aku tidak meng'update' blog ini..Maafkan aku blog,,aku sekarang ni tgh study di MRSM Gerik dan tahun ini aku bakal menjadi candidate PMR..Jadi,,selama aku di asrama, aku akan hiatus FACEBOOK,BLOG,TUMBLR,FORMSPRING,HABBO dan mcm2x lagi!

Untuk post kali ini,,aku nak tulis tentang cinta..Aku tahu sume manusia di muka bumi ini mempunyai perasaan cinta..Dan juga perasaan mengasihi dan dikasihi.
Aku tahu perasaan itu normal..Tapi yang tidak menjadi normalnya apabila perasaan cinta itu sudah melebihi batasan yg sepatutnya..Sepatutnya kalau dah saling mengasihi dan tak dapat menahan nafsu(koranglah bukan aku.. :)) WAJIB KAHWIN..Ini berdasarkan buku Indahnya Hidup Bersyariat yang aku pinjam dari Uda aku...Akibatnya,,bila cinta lebih2x tnpa perkahwinan..akan terjadilah gejala sosial spt. zina..Bila berzina,,maka akan keluarlah sperm dn akan bercantumlah dgn ovum..Bila bercantum,,apa yg terjadi?cuba teke...

Jeng...Jeng..Jeng....

Inilah jadinya...



Tegarkah anda melihat baby secomel ini dibuang?Alangkah kasihannya baby yg tidak berdosa ini..Salah siapa lah ni kan?Cubalah kalau orang yg buang baby itu tak buang baby,,mesti baby ni dah membesar..Mungkin satu hari nnti dier boleh membangunkan negara,,sape tahu betul tak?Tapi malangnya,,mereka yang tidak berperiikemanusiaan ini tetap membuang baby ini..Tidakkah anda berasa berdosa wahai pembuang bayi?

Aku tahu kalau pembuang bayi ni tidak buang bayi dier,,dia akan dicemuh,diboikot dan mcm2x Di lagi lah..Tapi kalau dah tahu benda ini akan berlaku,,kenapa anda nk berZINA juga??Bukankah Islam mengajar kita agar menjauhi zina?Bukankan agama lain juga menghalang penganutnya melakukan aktiviti yang tidak bermoral ini(buang bayi)??

Tapi kenapa masih berlaku lagi??

Aku jadi sangat risau bila tgk pembuangan bayi berleluasa..Tidakkah anda takut pada azab Allah S.W.T yang Maha Berkuasa?Jikalau turunnya azab Allah S.W.T ia tidak mengenal org yg beriman mahupun org yg berdosa..Yang membezakannya hanyalah di akhirat nanti...

Oleh itu,fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia..Janganlah membuang bayi..Haiwan yang tidak berakal juga tahu menjaga bayi inikan lagi anda yang dikurniakan akal..Sampai disini sajalah post kali ini...

Fikir-fikirlah wahai manusia..

Jumaat, 31 Disember 2010

Pendatang Asing Dengan Izin~

Assalamualaikum!

Happy New Year!!Tahun ni,,ak celebrate New Year depan laptop(malas nak kuar)..Tapi kali ni,,aku sambut dengan sorang 'kawan' kecik aku ni..Ini dier=

OMG!CUTEGILERNAKMATI!
Ni new welcomer ataupun pendatang dengan izin..Sebenarnya bukan pendatang tapi aku gi amik kat rumah sepupu mama..Hehe..Cute kan..Nama dier Bushy
(bukan Basyir k)!

Dier ni jenis baka siam..Memang comel gilerlah..Dia ni agak nakal n suka menyorok...Hari kedua je dia datang trus menghilangkan diri..Aku ngan family terpaksa tawaf rumah nak cari dia..LAST2x sekali baru tau dier menyorok kat lubang kerusi urut Ogawa..So,,ayah ak kene bukak kerusi tu..Huhu..Nakal kan??
Tapi dier ni memang comel..Kedatangannya menyebabkan kucing aku yg sekor lagi naik bulu..Hehe..Dier marahlah gak..Tapi xpe,,nnti diorg berdmai lah tu(yeke?)

Setakat ini jelah post ini..Bye dan assalamualaikum(!)

Rabu, 29 Disember 2010

YAY!!Malaysia Menang~ MALAYSIA WINNER OF AFF SUZUKI CUP 2010

Yo!Assalamualaikum...

Ak tulis post ni beberapa minit selepas Perlawanan Bola antara Malaysia and Indonesia untuk AFF Suzuki Cup 2010 tamat..Malaysia menang weyh dalam 4-2!!!Tahniah Malaysia sebab berikan penutup yang baik untuk 2010 untuk rakyat Malaysia!!Tahniah jugak buat semua pemain sebab bermain dengan baik terutamanya goalkeeper Malaysia Khairul Fahmi Che Mat yang berjaya banyak kali tepis bola dari masuk gol walaupun Indonesia berjaya bwak masuk 2 kali saja..Wa cayang sama lu!!!Haha...

We love you Harimau Malaya and we love Malaysia...

Tahniah sekali lagi diatas kejayaan anda yang membanggakan..


skuad Harimau Malaya!


ni coach Malaysia..Hensem tak?haha
khairul fahmi

Anyway congratulation Malaysia for being the Winner of AFF SUZUKI CUP 2010!!!


Mngaum lpar SINGA UTARA,
KENARI trbng mmblah awan
ggah SELADANG ibrt bdang,
lju HARIMAU KMBANG ibrt pejuang,
dhga THE RED WARRIORS krna drah,
......tngisn PENYU krna mruah,
GRGASI MRAH mrah mmbra,
tnduk RUSA krna prkasa,
bisa Si Jngking bkn kpalang,
lncah HANG TUAH si phlwn bngsa ,
tnang-tnang BUJANG SENANG,
amuk TOK GAJAH klu di usik,
lalu BADAK gerun mlanda,
krna HARIMAU MALAYA KAMI turutkn,
BERSATU mnentang GARUDA!!!­